Rezeki masuk ke Raudhah @ Al-Masjid Al-Nabawi Madinah Munawwarah

Jumaat, 9 March 2018 ~
Alhamdulillah...rezeki dari Allah. Allah berikan peluang hari ini untuk masuk solat Jumaat, solat Jenazah & solat Sunat di dalam Raudhah. Memang bukan mudah nak masuk ke Raudhah tapi semuanya ketentuan Allah. Terima kasih Ya Allah.

Sekitar jam 10 pagi saya berjalan seorang masuk dari pintu sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w ( pintu 37) & tanamkan niat nak solat di dalam Raudhah. (Note: Pintu 37 memang jauh sikit).
Berjalan masuk bersama sekumpulan orang arab & menunggu di tirai pemisah ke arah raudhah. Kurang 5 minit tirai dibuka dan berlumba lah semuanya nak masuk ke raudhah (memang perlu kuat & tawakkal). Yang sempat masuk tinggal di dalam kawasan karpet hijau & karpet merah di belakang sedikit. Selang dua ke tiga tiang tirai dipasang semula untuk mengawal jumlah orang di dalam kawasan tersebut. Memang ramai & sesak sebab semua orang nak ambil peluang yang ada.

Dalam bersesak-sesak, ada banyak keinsafan yang timbul dalam diri. Allah tunjuk yang baik dan yang kita perlu muhasabah diri. Alhamdulillah banyak muslimin yang lain sangat baik hati. terasa kuat perasaan kasih sayang sesama islam...terlanggar, terpijak langsung tak ambil hati. Mohon maaf & peluk mcm saudara sendiri...berlainan bangsa & negara tidak menjadi pembatas kerana di dalam Islam semuanya bersaudara. Yang kurang baik kita ambil sebagai ujian atas keimanan kita & hidup ini memang ujian yang berterusan.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas peluang, nikmat & pengalaman yang kau berikan.
Sekadar perkongsian & tips paling utama adalah Sabar, sabar & sabar.
#TinggalTapak
#AenaepulSharingIsCaring
#Islam
#Muslim ~

No comments:

#TinggalTapak by Aenaepul. Powered by Blogger.